Thursday, November 25, 2010

Perempuan Cantik 01

 

Petua Mendapatkan Mata Yang Cantik

Satu masa dahulu, zaman aku belum baligh, Pak Ji beli buah betik banyak sangat.Seperti kebiasaan, Pak Ji akan potong kecil-kecil dan disimpan dalam peti sejuk.Oren-oren kaler dalam peti sejuk rumah masatu.Banyak gila, I tell you Cik Kiah.

Aku bukanlah seorang pemakan sayur. Langsung tak/sangat kurang makan sayur, especially warna hijau  SELAIN bayam,kacang panjang-kobis-lobak merah (yang dimasak lembik-lembik dah hilang khasiat tu yang aku suka). Maybe Cik Ji tak pernah/dah jenuh menyuruh aku supaya makan sayur, so aku tak kisah langsung dengan kewujudan sayur di alam realiti. 


Berbalik kepada betik yang banyak itu, Cik Ji yang sedia maklum aku bukan pemakan sayur cakap kat aku, “Kalau makan lobak merah dan betik banyak-banyak, boleh ganti sayur, mata kita nanti jadi cantik” Aku taktau lah mana dia dapat petua tu, tapi bunyinya sangat menarik bagiku. Cepat saja aku buka peti sejuk dan makan betik yang saiz potongannya sebesar lengan budak sepuluh (10) tahun tu.

Cik Ji tambah lagi “Makan la banyak-banyak, nanti mata cantik” Rakus sekali aku meratah betik-betik, dalam enam (6) potong. Rasanya memang sedap, tak macam sayur hehe. Disaat dapur tak ada orang, aku yang agak full dengan betik, lari mendapatkan cermin. Hehehhhh.

Ya, aku tengok cermin untuk melihat samada hipotesis Cik Ji betul atau tak. 

Tak.
Mata aku tetap sama.

Aku pergi lagi peti ais dan sumbat lagi beberapa potong betik, dengan yakinnya lepas ni confirm cantik punya mata.

Aku lari lagi ke cermin ajaib.

**********************
“Umi tipu! Manede mata cantik. Ingatkan yelah ada nampak biru-biru bijik mata Bah nanti” aku teriak kat Cik Ji.

Disebabkan psikologi betik Cik Ji, toilet kat rumah haritu, aku yang punya.

Thursday, October 28, 2010

Tart Keju Beri Biru (TKBB) Perisa Kaki


Dekat tempat aku kerja ni ada building yang ada tempat makan/bank/kedai Tenaga/Watsons/jual baju/jual tudung/jual baju baby/jual asam/jual kuih-muih/jual orang/jual baju-baju makcik/jual macam-macam.

Nama building tu Hanjung. Kalau ada typo, boleh jadi Hanjing.

Disamping menjadi tempat makan rasmi untuk breakfast dan lunch setiap hari, ia juga menjadi tempat akak Tart Keju Beri Biru berniaga. Dia juga jual muffin pelbagai perisa dan yang paling best ialah Tart Keju Beri Biru dia. Hampir setiap hari aku angkat satu (1) Tart Keju Beri Biru sebab rasanya yang sedap. 

Harganya RM2.90. Bapak mahal, aku dan kawan-kawan sepejabat rasa akak ni nak kumpul duit cepat sebab nak naik Haji tahun ni.

Semalam aku dah pasang niat dari rumah nak beli sebiji Tart Keju Beri Biru lepas lunch. Sebaik turun escalator, aku dah usya baik Tart Keju Beri Biru dalam bekas lutsinar. Nampak tembam-tembam daripada jauh. Auummmm.

Tetiba aku terkedu.Akak Tart Keju Beri Biru sedang duduk menunggu pelanggan sambil memicit-micit kakinya yang lenguh barangkali.Rilek je tangan lepak atas kaki.Masalahnya tangan tu jugak yang akan ambik Tart Keju Beri Biru aku kejap lagi.

Isssskk.


Isssskk.

Aku dengan rakan sepejabat dah mula mengumpat. Akak ni basuh tangan dia ke tak kejap lagi.Aku dah mula rasa nak cari makanan alternatif lain.Geli ah akak ni.

***************************
“Sedapnya Tart Keju Beri Biru Kaki (TKBBK) ni”

Aku memang tak tahan godaan si Tembam Tart Keju Beri Biru walaupun berperisa kaki. Akak Tart Keju Beri Biru bolehlah pergi Haji bulan ni.